1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Ahad

Jualan kenderaan secara LELONG atau tender

Cara jualan kenderaan LELONG kadang-kadang di kelirukan dengan jualan secara tender. Ini disebabkan tahap pengetahuan yang agak kurang. Namun di sini dapatlah di jelaskan perbezaan proses jualan secara LELONG dan tender. Jualan kenderaan secara LELONG biasanya di lakukan oleh pihak 'finance' atau 'bank-bank'. Kesemua pembeli atau kenderaan-kenderaan yang membuat  pembayaran bulanan dan gagal membuat bayaran bulanan, seterusnya kenderaan-kenderaan berkenaan di 'tarik' dan di LELONG. Bagi jualan secara tender, biasanya di lakukan oleh agensi kerajaan seperti kastam, polis, JPJ dan sebagainya. Kenderaan yang di jual secara tender ini biasanya kenderaan-kenderaan yang di 'sita' dan selepas selesai kes mahkamah, kenderaan berkenaan di jual secara 'tender'.
Proses jualan kenderaan LELONG, biasanya kenderaan-kenderaan yang ditarik apabila pemilik asal gagal membuat bayaran bulanan. Samaada setelah sebulan, dua bulan, tiga bulan, empat bulan pemilik asal tidak membuat bayaran bulanan. Kenderaan-kenderaan yang dibeli melalui proses jualan LELONG, ianya tiada lagi kaitan dengan pemilik asal dan semua dokumen diserahkan pada pembeli. 
Gambar diatas menunjukkan para pembeli kenderaan yang dijual secara LELONG. Pembeli dikehendaki membuat 'pemeriksaan' sebelum 'membida' atau 'membeli' kenderaan berkenaan. Semasa proses 'pemeriksaan' kenderaan inilah pelbagai perkara perlu diketahui. Proses 'pemeriksaan' merupakan 'part' atau perkara yang perlu diberikan perhatian. Kecuaian atau tiada pengetahuan dianggap sebagai kesilapan yang menyebabkan 'kerugian'. Tiada yang membantu bagi memahami maklumat kenderaan samaada selamat atau tidak.
Fungsi atau peranan guide services adalah memaklumkan apa-apa yang berkaitan perkara-perkara asas yang dinyatakan di blog/website www.lelongline.com ini berkaitan dengan kenderaan yang dijual secara lelong atau hanya memberikan Panduan Akses Online. Pelbagai perkara yang perlu diketahui oleh anda sendiri semasa membuat pemeriksaan kenderaan sebelum membuat pembelian kenderaan-kenderaan yang di jual secara lelong. Antara masalah-masalah yang serius dan perlu diberikan perhatian sebelum membuat pembelian kenderaan-kenderaan yang dijual secara lelong. Ambil tahu pelbagai perkara berkaitan kenderaan lelong samada geran atau kad pendaftaran ada atau tidak. Tidak kurang penting juga ialah kenderaan yang dilelong di potong atau di sambung. Dan tidak kurang penting yang perlu diberikan perhatian ialah gangguan nombor pada 'casis' atau enjin. Banyak lagi perkara-perkara atau masalah pada kenderaan yang dijual secara lelong ini. 
Pentingnya anda dapatkan pelbagai info mengenai pembelian kenderaan lelong dan dengan pelbagai info/maklumat yang sepatutnya memudahkan anda buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Guide services atau panduan asas pembelian kenderaan lelong adalah melalui Panduan Akses Online. Pelbagai info yang dinyatakan dan mudah dipaparkan melalui handphone berinternet. Namun pelbagai info/maklumat-maklumat kenderaan samaada selamat atau sebaliknya, kaitan kenderaan yang dilelong dengan pihak berkuasa seperti polis, kastam, puspakom, JPJ seperti kad pendaftaran kenderaan, tukarnama, saman-saman lampau, gangguan no.casis/enjin, A/P. potong atau sambung dan pelbagai masalah yang berkaitan kenderaan lelong dengan agensi penguatkuasa undang-undang yang perlu anda ketahui sebelum buat pembelian.  Kebiasaan pembeli hanya bertanyakan harga kereta murah tetapi tidak mengetahui masalah-masalah yang lain. Dengan Panduan Akses Online, pelbagai info/maklumat mengenai pembelian kenderaan LELONG dapat di akses melalui handphone berinternet. Sebarang pertanyaan, CALL 013 255 2000 jangan ber"sms" terus CALL
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000