1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Ahad

kenderaan

Kenderaan - kereta lelong, terdapat pelbagai jenis serta keluaran dan jenama samada kenderaan keluaran malaysia atau yang di import. Malah apa juga kenderaan yang popular di jalanraya, yang terlaris jualannya dan kenderaan berkenaan juga kebiasaannya banyak yang di lelong. Jika di fikirkan atau di bayangkan dan andaian-andaian yang anda buat biasanya agak keliru kenapa banyak kenderaan di tarik oleh bank, seterusnya di jual secara lelong. Dari kenyataan yang tidak resmi, dalam satu-satu masa tertentu jika 10 pembeli buat loan / pinjaman kenderaan, 3 darinya gagal buat buat bayaran samada tahun pertama atau ke dua, 4 darinya akan reschedule / jadualkan semula pinjaman dan hanya 3 terus maintain buat bayaran pinjaman bulanan selama 7 - 10 tahun. Yang confirmnya 3 dari 10 akan di tarik dalam tempoh yang singkat samada dalam tahun yang pertama atau ke dua, 4 dari 10 yang reschedule / jadualkan semula pinjaman bulanan juga besar kemungkinan kenderaannya ditarik dan di lelong tetapi melalui proses mahkamah perlu buat bayaran dengan kadar yang mampu dibayar atau bayaran dibuat oleh penjamin. Hanya 3 dari 10 yang berupaya buat bayaran pinjaman bulanan atas pinjaman yang dibuat.
Jika kenderaan didaftar pada tahun semasa, baru 7- 8 bulan dibeli telah dijual lelong, bukanlah perkara yang luar biasa sebab apabila gagal buat bayaran 2 -3 bulan, kenderaan di tarik dan seterusnya dijual secara lelong. Mengenai harga kenderaan lelong pula, ianya di tentukan oleh pihak bank samada mengikut baki akhir pinjaman atau apa-apa kaedah biasa amalan bank. Antara yang biasa dibuat oleh bank bagi mendapatkan bayaran pinjaman yang gagal dibuat oleh peminjam, antaranya melalui tindakan mahkamah, dapatkan perintah mahkamah untuk bangkrapkan peminjam khususnya yang hutangnya melebihi RM 30 ribu, setelah dibangkrapkan oleh mahkamah, kebiasaannya aset atau harta peminjam seperti rumah, tanah atau apa saja di sita dan seterusnya di lelong. Disebabkan bank hanya menuntut pinjaman yang diberikan, setelah aset peminjam di lelong dan baki yang ada, itulah harga kenderaan yang dilelong, namum apa-apa yang lakukan oleh bank bagi menuntut pinjaman juga melalui penjamin. Jadi jangan pelik dengan harga kenderaan lelong samada lebih tinggi, lebih kurang sama atau lebih murah dari harga pasaran ianya ditentukan mengikut yang di tetapkan oleh pihak bank.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG

Jumaat

Beware

Beware - auction cars vehicle / berhati-hati mengenai jualan kenderaan lelong, terutamanya mengenai tawaran-tawaran luar biasa dan yang mengelirukan. Tawaran kenderaan murah yang di nyatakan sebagai lelong dari kastam, recond atau apa saja yang dibuat oleh mana-mana individu yang mendakwa sebagai 'orang dalam', 'agen' dari mana-mana agensi kerajaan. Juga tawaran dari sendikit atau kumpulan penjenayah, kenderaan ditawarkan dengan harga murah atau melalui pelbagai cara yang 'luar biasa'. Terkini, pembelian kenderaan secara MLM atau skim peramid yang memerlukan pembeli bayar sejumlah wang dan perlu cari orang lain untuk join berada dibawahnya serta perlu buat iklan yang perlu ditampalkan merata-rata tempat supaya ramai turut serta. Pelbagai lagi kaedah penipuan bagi menarik minat pembeli yang bodoh bagi memiliki kenderaan dengan harga murah.
Perlu berhati-hati, realitinya kenderaan yang dijual secara lelong memerlukan pembeli yang sebenar berada di tempat lelong, lakukan sendiri semua proses pembelian secara lelong dan tidak ada agen, tidak ada wakil yang bertindak bagi pihak pembeli sebenar. Ini adalah disebabkan terdapat borang tertentu yang perlu di isi, di tandatangani dan hanya pembeli sebenar yang lakukan semua perkara-perkara yang ditetapkan dalam proses pembelian kenderaan lelong. Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran-tawaran 'luar biasa' sebab jika betul atau benar-benar ujud tawaran yang dibuat, kenapa anda yang di pilih, atas sebab anda bernasib baik atau sebab anda mudah di tipu.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000 

Rabu

Auction

Auction - cars vehicle sale or buys at auction / jualan atau pembelian kenderaan melalui jualan lelong. Pembelian kenderaan direct / terus di tempat jualan lelong merupakan perkara biasa sebelum ini pada penjual kenderaan terpakai / dealer usedcar tetapi kini pembeli individu seperti anda juga boleh terus beli kenderaan yang di perlukan di tempat jualan kenderaan lelong.
Beli kenderaan terus di tempat lelong, pada hari lelong, dengan harga lelong, mengikut bajet kemampuan dan segala-galanya anda sendiri yang lakukannya di tempat jualan kenderaan lelong.
Dengan jualan kenderaan lelong antara lebih kurang 5 - 50 ribu unit samada yang sebelum ini telah dilelong, sedang dilelong sekarang dan yang akan di lelong nanti. Antara lebih kurang 20 - 200 unit pelbagai kenderaan setiap kali lelongan dibuat samada pada hari yang sama atau hari yang berlainan dalam seminggu. Dengan tempat lelong antara lebih kurang 20 - 30 tempat  dan dengan kekerapan jualan lelong antara lebih kurang 30 - 60 kali di seluruh Malaysia.
Samada jualan lelong secara berjadual tetap atau mengikut kesesuaian masa tertentu ianya dibuat pada setiap bulan atau setiap minggu mengikut ketetapan oleh pengendali tempat lelong berkaitan. Boleh dikatakan kebanyakkan bank-bank yang terbabit dalam jualan kenderaan lelong dimana kenderaan yang di tarik kerana pemiliknya gagal buat bayaran bulanan, kenderaan ditarik dan seterusnya di jual secara lelong. 
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000 

Lorry

Lorry - kenderaan kereta lelong, lorry atau lori dan pelbagai kenderaan seperti motorsikal superbike kereta lori bas 4X4 kepala lori kontena atau lori 1 3 5 tan dan pelbagai kenderaan samada untuk kegunaan biasa atau bagi tujuan perniagaan. Terdapat pertanyaan yang memerlukan lorry atau lori seperti traler kargo atau pelbagai jenama lori seperti daihatsu mitsubishi ford toyota tata nissan hino era isuzu hicom inokom jbc dong feng chana changan dan pelbagai lagi. 
Juga ada yang bertanyakan mengenai motosikal atau superbike motor, terdapat pelbagai kenderaan yang dilelong dan antaranya ialah motor , kereta , van , lori , bas dengan pelbagai jenis, tahun keluaran dan yang pentingnya anda beli dengan atau pada harga sebenar iaitu harga lelong.
Bukan lagi jadi masalah untuk anda buat pembelian kenderaan secara terus ditempat jualan kenderaan lelong, malah tidak ada apa-apa halangan, anda sendiri yang buat pembelian kenderaan yang diperlukan, tidak ada agen, tidak melalui runner, tidak ada mana-mana pihak yang jadi perantara sebab anda sendiri yang buat semua proses pembelian kenderaan lelong berkenaan. Proses dan prosedur asas semasa buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong agak mudah. 
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG  

Selasa

Kastam

Kastam - 2014 Mac kenderaan kereta lelong - kastam atau kenderaan lelong dari agensi kerajaan seperti kastam polis JPJ dan pelbagai yang lain. Sememangnya ada jualan lelong kenderaan dari agensi kerajaan dan untuk mengetahui mengenai jualan lelong kenderaan dari agensi-agensi berkaitan perlu berurus terus di pejabat agensi berkenaan. Tidak pernah ujud mana-mana pihak persendirian atau 'orang luar' yang boleh bertindak bagi pihak agensi berkaitan. Tidak pernah ada istilah 'orang dalam' dalam urusan dengan agensi kerajaan dan tidak pernah berlaku perlantikan mana-mana individu sebagai agen, ruinner atau orang perantaraan dengan mana-mana agensi kerajaan. Biasanya dakwaan palsu sebagai pegawai agensi berkenaan atau individu yang mendakwa boleh uruskan pembelian dengan agensi kerajaan. 
Disebabkan nak mudah, tertarik dengan tawaran harga murah dan terpedaya dengan kata-kata atau janji-janji 'luar biasa', pembeli mudah serahkan wang dan ambil risiko tanpa merujuk pada mana-mana pihak. Tawaran kenderaan rampasan kastam, kenderaan dalam stor penyimpanan di pelabuhan, kenderaan yang ditawarkan secara terus dan pelbagai helah yang dibuat. Kenderaan recond dari singapore dan pelbagai dakwaan amat menarik. Yang pentingnya kenderaan lebih murah dari harga pasaran. Akhirnya terpedaya samada kenderaan yang dibeli tak dapat atau beli kenderaan curi dan yang pastinya wang yang dibelanjakan lesap serta jika nasib tak baik dikenakan pula penjara kerana memiliki barang curi atau memiliki dokumen resmi kerajaan palsu.
Kini terdapat banyak pertanyaan mengenai kenderaan lelong dari kastam, pertanyaan dari orang yang mendapat tawaran kenderaan dari kastam dan sebagai langkah berhati-hati amat wajar anda buat semakan atau rujukan terus dengan agensi berkaitan. Pembelian kenderaan yang dilelong oleh bank, di buat hampir setiap minggu dan ianya lebih mudah bagi tujuan buat pembelian kenderaan lelong.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG 

Ahad

Tempat

Tempat - 2014 Februari kenderaan kereta lelong - tempat lelongan kenderaan terdapat lebih kurang antara 20 - 30 tempat di seluruh malaysia samada yang sebelum ini beroperasi, yang kini sedang beroperasi dan yang akan beroperasi. Tempat lelongan juga terdapat dalam beberapa keadaan samada hanya sebagai tempat penyimpanan kenderaan yang ditarik, hanya sebagai tempat lelong dan tempat penyimpanan serta lelongan juga dibuat ditempat yang sama. Terdapat juga kenderaan yang dilelong dan kenderaan berkenaan diletakkan ditempat yang lain. Tetapi kebiasaannya tempat penyimpanan dan lelongan adalah ditempat yang sama. Masa kenderaan untuk dilihat 'view' adalah ditetapkan dan pembeli perlu berada ditempat lelong bagi tujuan buat pemeriksaan atau inspection pada kenderaan yang hendak dibeli.
lebih kurang 20 - 30 tempat jualan kenderaan lelong, ada antaranya yang berdekatan dengan anda, terdapat juga yang pernah masuk ke tempat jualan kenderaan lelong samada secara tak sengaja atau sememangnya masuk ke tempat jualan kenderaan lelong untuk beli kenderaan yang di lelong. Tempat jualan kenderaan lelong adalah boleh dimasuk secara percuma dan tidak perlu buat apa-apa bayaran untuk masuk ke tempat jualan kenderaan lelong. Terdapat pembeli yang sebelum ini dibawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong telah pun pernah masuk sendiri. Semasa pembeli berkenaan masuk sendiri ke tempat lelong berkenaan, beliau akui banyak perkara yang tidak diketahui dan tidak pernah buat pembelian kenderaan sebab takut lakukan kesilapan serta takut alami kerugian dari pembelian yang dibuat.
terdapat juga pembeli yang dibawa masuk ke tempat jualan kenderaan lelong dimana tempat yang sama telah pun dia sendiri masuk sebelum itu tetapi dia tidak pernah buat pembelian kenderaan lelong disebabkan pelbagai masalah seperti tidak mengetahui proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong. Pernah juga pembeli yang dibawa masuk ke tempat lelong dimana dia pernah buat pembelian kenderaan lelong tetapi masih lagi dapatkan guide service sebab takut lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan dia sendiri pernah lihat terdapat pembeli yang alami kerugian sebab gagal memahami prosedur pembelian kenderaan lelong. 
Samada apa situasi anda, pernah ke tempat lelong sebagaimana yang dinyatakan diatas atau tidak ketahui apa-apa tentang pembelian kenderaan lelong. Bagi mendapatkan guide service, anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan blog lelongline ini dan sebaik saja anda daftar dan bayar fees guide, anda ditakrifkan sebagai memerlukan perkhidmatan bimbingan atau guide service dan bayaran fees guide sebanyak RM 2000 dibuat bagi mendapatkan guide service. 
Sekiranya yang pernah buat pembelian kenderaan lelong dan yang pernah masuk sendiri ke tempat jualan kenderaan lelong pun masih memerlukan guide service, bagaimanakah yang lansung tak tahu apa-apa tentang jualan kenderaan lelong nak minta alamat serta nak masuk sendiri. Jika sekadar nak tengok-tengok tempat lelong, anda carilah sendiri mana-mana tempat dan masuk sendiri ke tempat jualan kenderaan lelong berkenaan. Jika anda bayangkan tempat jualan kenderaan lelong seperti pasaraya eonbig, the store, tesco, jusco dan beli kenderaan lelong seperti beli mee goreng atau gula-gula, senang pakai bungkus saja dan itu agak satu kesilapan. Beli kenderaan lelong yang sudah semestinya berkaitan dengan dokumen, proses dan prosedur yang berkaitan pendaftaran atau tukarnama. Juga berkaitan pelbagai perkara mengenai pembelian kenderaan lelong iaitu tentang tindakan sebelum, semasa dan setelah pembelian dibuat. Dengan bimbingan Guide Service pelbagai perkara dinyatakan bagi memudahkan anda buat pembelian kenderaan lelong.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG