1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Khamis

Kenderaan

Kenderaan yang dijual secara lelong adalah pelbagai jenis jenama tahun keluaran samada kenderaan Malaysia atau kenderaan berjenama import
Apa saja kenderaan yang sebelum ini dibeli melalui pinjaman bank / bank loan dimana pemilik atau pembelinya gagal buat bayaran ansuran bulanan / bank loan, kenderaan berkenaan di tarik oleh bank dan seterusnya kenderaan berkenaan dijual secara lelong
kenderaan seperti lori kereta motosikal yang biasa dijual secara lelong dan kenderaan di beli hanya pada harga lelong. Harga kenderaan lelong pula samada lebih tinggi, lebih kurang sama atau lebih murah dari harga pasaran. Pembelian kenderaan lelong hanya dibuat jika atau dengan harga yang murah atau lebih murah.
harga kenderaan lelong yang murah atau lebih murah adalah apabila di senaraikan pada list/senarai lelongan samada kurang separuh atau setengah dari harga pasaran atau kurang satu pertiga dari harga pasaran. Harga kenderaan lelong hanya merujuk pada list / senarai lelongan yang di edarkan di tempat jualan kenderaan lelong dan apa-apa list / senarai lelongan selain yang di edarkan di tempat lelongan adalah tidak boleh dirujuk atau diguna pakai.
pelbagai kenderaan yang dijual secara lelong dan anda sebagai pembeli individu boleh buat pembelian kenderaan terus di tempat jualan kenderaan lelong serta hanya beli kenderaan pada harga lelong. Jualan kenderaan lelong kini lebih menarik, dengan jumlah kenderaan yang di lelong lebih banyak dan anda boleh buat pilihan kenderaan yang bersesuaian dengan bajet kewangan anda sendiri. Malah, dengan membeli kenderaan pada harga lelong, digunakan 1 - 2 tahun dan dijual semula mungkin masih dapat untong dengan harga pasaran semasa ketika itu. Pembelian kenderaan lelong pula boleh dilakukan sepanjang hayat, tiada had kekerapan untuk masuk ke tempat jualan kenderaan lelong dan tiada had seberapa banyak unit kenderaan untuk di beli samada untuk kegunaan sendiri atau di beli dan jualkannya semula pada harga pasaran semasa. Lelongline Resources guide services memberikan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan yang dijual secara lelong, sebagai pembeli, anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk pendaftaran hubungi 0132552000

Tarik

Tarik kenderaan yang gagal bayar ansuran bulanan atau kenderaan yang tidak bayar hutang bank dan seterusnya dijual secara lelong
Kenderaan yang di tarik di masukkan ke dalam stor lelongan, seterusnya di jual secara lelong dan anda sebagai pembeli individu boleh masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, beli kenderaan pada harga lelong. Jika sebelum ini jualan kenderaan lelong hanya dilakukan pada hujung minggu, kini boleh di katakan setiap hari jualan kenderaan lelong dibuat. Klang Valley atau lembah klang terdapat 8 tempat lelong iaitu 5 di selangor yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan di Kuala Lumpur ada 3 tempat lelong. Jualan kenderaan lelong banyak dilakukan sekitar Klang Valley antara 20 - 30 kali lelongan dibuat. Penang juga banyak lelongan dibuat, di 4 tempat lelong antara 10 - 15 kali lelongan dibuat seterusnya Johor ada 3 tempat lelong antara 5 - 10 kali lelongan dibuat. Negeri-negeri lain sekurang-kurangnya 1 hingga 5 kali lelongan dibuat. Kini, anda boleh buat pembelian kenderaan lelong mengikut kesesuaian masa, kegunaan dan bajet kewangan anda sendiri. 1 daripada 24 tempat jualan kenderaan lelong adalah berdekatan dengan tempat tinggal anda.  Lelongline Resources guide services memberikan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan yang dijual secara lelong, sebagai pembeli, anda dikehendaki baca keseluruhan kandungan website lelongline ini, untuk pendaftaran hubungi 0132552000

Ahad

BELI KENDERAAN PADA HARGA LELONG

Sabtu

Tarik

Tarik dan seterusnya dijual secara lelong, apa saja kenderaan yang sebelum ini dibeli dengan pinjaman / loan bank dimana pemiliknya gagal buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan di tarik seterusnya dijual secara lelong. Motorsikal superbike kereta 4X4 SUV MPV van lori atau apa saja samada jenama atau tahun keluaran. Dengan keadaan ekonomi yang agak tidak menentu, pembuangan pekerja serta kuasa membeli yang kurang berikutan peningkatan taraf sara hidup yang tinggi, kenderaan yang ditarik agak banyak dan jualan kenderaan lelong lebih kerap dibuat.
Kini, anda sebagai pembeli individu boleh buat pembelian kenderaan yang dilelong, beli mengikut kesesuaian kegunaan anda serta yang paling penting beli kenderaan mengikut bajet kewangan atau kemampuan anda sendiri. Realisasikanlah kehendak anda bagi memiliki kenderaan yang bersesuaian dengan kegunaan anda dan beli kenderaan pada harga LELONG. Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG 

Lokasi

Lokasi atau tempat jualan kenderaan lelong, yang kerap ditanya dan hanya mahu tahu lokasi serta nak masuk sendiri ke tempat lelong berkenaan. Beberapa kemungkinan akan berlaku jika hanya tahu tempat lelong. Pertama, pembeli akan masuk ke tempat lelong, jika ada kenderaan yang bersesuaian dengannya, ia akan beli dan kedua, jika tanpa apa-apa pengetahuan mengenai proses serta prosedur asas mengenai pembelian kenderaan lelong, pembelian kenderaan lelong berkenaan hanyalah bergantung pada nasib samada baik atau sebaliknya. Ke tiga, apabila berlaku apa-apa masalah dari pembelian berkenaan, sikap salahkan orang lain yang sudah pasti alami kerugian dari pembelian berkenaan.
Pembelian kenderaan yang dijual secara lelong bukan hanya berkaitan lokasi atau tempat, harga yang murah dan maklumat-maklumat yang terhad serta tidak tepat. Anda wajar ketahui pelbagai perkara berkaitan proses dan prosedur asas yang memudahkan anda buat pembelian. Jika sekadar dapatkan maklumat yang hanya dalam jangkauan atau yang hanya anda fikirkan saja, ianya kurang atau lansung tidak membantu anda buat pembelian kenderaan yang di lelong dengan selamat. Selamat bermaksud selain anda buat pembelian kenderaan pada harga yang murah tetapi yang paling penting mudah dibuat tukarnama.
Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG 

Kastam

Kastam atau jualan kenderaan lelong dari agensi kerajaan seperti kastam polis jpj atau mana-mana agensi kerajaan yang lain. Sememangnya ada jualan kenderaan lelong dari agensi kerajaan, kenderaan yang di sita kerana melakukan kesalahan dibawah penguatkuasaan undang-undang oleh agensi berkenaan. Jika kenderaan yang dibawa masuk ke Malaysia tanpa permit A P, ianya di sita serta di lelong oleh kastam. Jika kenderaan yang di gunakan dalam jenayah, ianya di sita serta di lelong oleh Polis. Jika kenderaan yang di ubahsuai tidak mengikut justifikasi yang di tetapkan, ianya di sita dan di lelong oleh JPJ. Itu antara penguatkuasaan yang di lakukan oleh pihak berkuasa berkenaan dan jualan kenderaan oleh agensi berkenaan dilakukan samada melalui tender atau jualan lelong terbuka atau apa-apa kaedah yang ditetapkan oleh agensi berkenaan. Dan yang paling penting perlu diingat bahawa kenderaan yang di jual samada secara tender atau di lelong adalah di lakukan sendiri oleh agensi berkenaan TANPA melalui mana-mana pihak ke tiga atau tidak ujud agen yang mewakili agensi berkenaan.
Kebiasaannya tawaran-tawaran yang dibuat oleh individu tertentu mengenai kenderaan dengan harga yang murah serta mengaitkan kenderaan lelong dari agensi kerajaan merupakan penipuan terancang. Dakwaan kenderaan singapore, kenderaan yang di sita dan di lelong oleh agensi kerajaan serta menyatakan dengan 'kerjasama' atau boleh 'cauntim' dengan 'orang dalam' hanyalah penipuan serta pelbagai lagi dakwaan yang mengelirukan di buat bagi menarik minat pembeli jika anda sendiri tidak berhati-hati. Dan urusniaga 'SAMBUNG BAYAR' juga adalah penipuan, bagaimana kenderaan yang masih lagi ada hutang dengan pihak bank boleh berurusniaga. Pelbagai cara penipuan yang dibuat dengan dakwaan-dakwaan mengelirukan yang memerangkap pembeli. Memiliki kenderaan curi merupakan kesalahan jenayah yang jika di sabitkan kesalahan boleh di denda serta di penjara.
Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG

Selasa

Tempat

Lokasi atau tempat jualan kenderaan lelong, terdapat lebih kurang 26 tempat di seluruh Malaysia samada di semenanjung Malaysia atau di Sabah dan Sarawak. Jika 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan yang menjadikan 14 negeri tetapi setakat ini ada 26 tempat jualan kenderaan lelong di seluruh Malaysia,  
terdapat juga negeri yang tiada tempat jualan kenderaan lelong atau tiada jadual tetap jualan kenderaan lelong antaranya Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan atau wilayah seperti Labuan dan Putrajaya. Bagi negeri samada yang tiada tempat jualan kenderaan lelong atau tiada jadual yang tetap jualan kenderaan lelong, 
ada antaranya hanya tempat penyimpanan atau stor saja dan lelongan tidak dibuat ditempat berkenaan. Kenderaan yang di tarik di simpan dalam stor sebelum di lelong, terdapat pula stor tempat penyimpanan kenderaan yang di tarik tidak buat lelongan di tempat yang sama, hanya menyimpan dan apabila kenderaan berkenaan hendak di lelong di hantar ke tempat lelongan dibuat atau pembeli di kehendaki melihat atau buat pemeriksaan/inspection kenderaan di tempat kenderaan berkenaan di simpan sebelum lelongan dibuat.
Melaka Penang Perak Pahang Kedah Kelantan Kuala Lumpur Johor Sabah Sarawak Selangor mempunyai sekurang-kurangnya 1 atau sehingga 5 tempat lelong. Antara 1 - 5 kali lelongan dibuat di setiap tempat samada yang berjadual tetap atau mengikut kesesuaian masa/tarikh pengendali tempat lelongan berkenaan, antara 30 - 60 kali lelongan dibuat dan mungkin salah satu darinya berhampiran dengan tempat tinggal/kediaman anda,
entrance free atau masuk ke tempat jualan kenderaan lelong adalah percuma tanpa perlu atau tidak perlu buat apa-apa bayaran atau tak payah bayar untuk masuk ke tempat lelong - jika anda tahu atau anda yang cari sendiri mana-mana tempat lelong. Tetapi jika tempat lelong pun anda tak tahu, untuk beli kenderaan yang di lelong pun pastinyalah anda tak tahu, jika setakat tahu tengok kereta cantik murah saja atau hanya bergantung pada nasib dan nanti jika anda buat apa-apa yang silap atau salah hanya salahkan orang sebab sekadar nak sesuatu dengan free, 
pembelian kenderaan yang di lelong bukan hanya berkaitan mengenai tempat, harga murah dan apa-apa yang dalam jangkauan fikiran atau pengetahuan anda saja. Paling penting perlu anda ketahui mengenai kenderaan lelong berkenaan atau berkaitan saman tertunggak, tiada geran, tiada dokumen, tak endorse pertukaran enjin, terdapat gangguan pada no.casis, tiada A P, kenderaan potong, kenderaan yang sebelumnya didaftarkan samada digunakan untuk tujuan perdagangan atau yang digunakan oleh kerajaan, glc, syarikat utiliti dan pelbagai proses serta prosedur asas mengenai kenderaan yang di lelong berkenaan. Bagi memudahkan anda ketahui pelbagai perkara mengenai pembelian kenderaan lelong, anda perlu daftar dan bayar fees guide, hanya setelah anda daftar dan bayar fees guide RM 2 ribu, anda dibawa bersama-sama sekali saja ke salah satu saja tempat jualan kenderaan lelong sekitar Lembah Klang samada di Kuala Lumpur atau Selangor dan seterusnya diberikan akses online. Bagi yang tidak dibawa masuk ke tempat lelong dan anda hanya ingin dapatkan panduan akses online, juga di kehendaki daftar dan bayar fees guide. Ambil masa yang sepatutnya bagi baca kandungan web lelongline ini dan jika ada apa-apa pertanyaan CALL dan jangan sekadar sms atau buat miss call. 
Dengan bimbingan lelongline guide service, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan website lelongline dan fahaminya, hubungi / CALL 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG