1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Rabu

Tempat

Tempat jualan kenderaan lelong boleh dikatakan terdapat di seluruh Malaysia, hanya 2 negeri yang tiada tempat jualan kenderaan lelong  
Tempat jualan kenderaan lelong juga kebiasaannya tempat penyimpanan atau stor kenderaan yang di tarik oleh bank kerana pemilik sebelumnya gagal bayar hutang / loan bank. Jika sebelum ini hanya dealer usedcar/penjual kenderaan terpakai beli kenderaan pada harga lelong dan jualkannya semula pada pada harga pasaran semasa/market value 
Tempat jualan kenderaan lelong kini terdapat di 12 negeri seluruh Malaysia, lebih kurang 24 tempat dimana jualan lelong di buat antara 40 - 60 kali setiap bulan yang berjadual tetap dan dianggarkan setahun antara 500 - 1,000 kali jualan kenderaan lelong samada yang berjadual tetap atau yang tidak berjadual tetap. Puluhan ribu unit pelbagai kenderaan yang di jual secara lelong, mengikut tempat atau stor lelongan jika stor yang kecil antara 5 - 50 unit kenderaan yang di lelong dan jika stor yang besar antara 50 - 500 atau lebih pelbagai kenderaan yang di lelong. Sekurang-kurang 1 tempat lelong di setiap negeri, tempat jualan kenderaan lelong terbanyak adalah di Selangor, terdapat 5 tempat setakat ini di ikuti Penang ada 4 tempat lelong, masing-masing 3 tempat di Kuala Lumpur dan Johor. 2 tempat lelong di Sabah, 1 tempat lelong di Sarawak Kedah Kelantan Pahang Perak Melaka Terengganu. Samada tempat lelongan buat jualan lelong atau tarikh serta masa adalah hanya di tetapkan oleh pengendali tempat lelongan serta tertakluk pada apa-apa pindaan atau perubahan dari masa kesemasa. Dengan teknologi terkini khususnya kecanggihan telefon berinternet, anda boleh dapatkan alamat lengkap, list/senarai harga kenderaan yang di lelong dan ada tempat lelong paparkan gambar kenderaan yang di lelong serta pelbagai info mengenai jualan kenderaan lelong yang boleh di akses melalui online.
Agak menarik untuk di nyatakan, boleh dikatakan tiada atau kurangnya pembeli yang masuk ke tempat jualan kenderaan lelong. Sebab utama adalah kerana ramai yang tidak tahu lokasi tempat jualan kenderaan lelong dan kebiasaan banyak kenderaan yang di lelong tidak terjual serta bertambah-tambah dengan kenderaan yang baru di tarik sedangkan kenderaan yang sediaada di lelong tidak terjual. Lebih menarik kebiasaannya kenderaan yang di jual secara lelong hanya di beli pada harga yang murah samada separuh 1/2, satu pertiga 1/3 atau kurang dari 1/3 dari harga pasaran. Pembelian kenderaan lelong hanya dibuat oleh pembeli sebenar, anda perlu berada di tempat jualan kenderaan lelong, anda sendiri yang lakukan semua proses pembelian kenderaan lelong tanpa agen tiada broker serta tiada pihak yang mewakili bagi pihak anda. Pembelian kenderaan lelong hanya dibuat setelah anda sendiri berpuashati pada condition/keadaan kenderaan, beli kenderaan mengikut bajet kewangan serta setelah anda sendiri buat inspection/pemeriksaan pada kenderaan berkenaan. Lelongline Resources adalah pihak menyediakan perkhidmatan mengenai pembelian kenderaan yang dijual secara lelong, ikuti blog/lamanweb www.lelongline.com dan untuk apa-apa penjelasan CALL 0132552000