1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Selasa

Masa

Masa jualan kenderaan lelong adalah berkaitan tarikh dan jam jualan lelong di buat, tindakan yang sepatutnya dibuat oleh anda sebagai pembeli individu
anda sebagai pembeli individu perlu berada di tempat jualan kenderaan lelong pada masa yang di tetapkan, mengikut masa yang di tentukan
masa yang di tetapkan oleh pengendali tempat lelongan bagi anda lakukan sendiri semua proses pembelian kenderaan lelong 
pembelian kenderaan lelong hanya dilakukan pada masa yang di tetapkan, pembelian dilakukan di tempat lelong dan melalui proses jualan lelong. Masa lelongan berbeza mengikut tempat serta hari, kebiasaannya sekitar klang valley isnin hingga jumaat jualan lelong di buat jam 3 petang dan sabtu-ahad lelongan jam 11 pagi. Bagi negeri-negeri yang lain seluruh Malaysia samada jam 10 pagi 11 pagi 2 petang 3 petang 4 petang atau 5 petang tertakluk pada ketentuan masa yang di tetapkan oleh tempat pengendali lelongan berkenaan. Lelongline Resources menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline dan untuk keterangan lanjut serta untuk daftar bagi dapatkan perkhidmatan, hubungi 013 255 2000  

Khamis

Pembeli

Pembeli individu/anda kini boleh beli kenderaan yang di lelong, cari dan dapatkan kenderaan mengikut keperluan serta bajet kewangan anda sendiri.
apa-apa kenderaan yang bersesuaian dengan citarasa atau gaya hidup anda yang boleh di beli di tempat jualan kenderaan lelong dan beli pada harga lelong
pelbagai kenderaan yang dijual secara lelong, samada jenama tempatan atau kenderaan import, anda sendiri yang tentukan apa pilihan yang di perlukan
pembelian kenderaan lelong boleh dibuat di 25 tempat lelong, sebulan antara 40-60 kali jualan kenderaan lelong dibuat di seluruh Malaysia
Pembeli individu seperti anda kini boleh buat pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Anda hanya beli kenderaan pada harga lelong mengikut bajet anda sendiri, hanya beli pada harga yang murah dan tiada mana-mana pihak yang jadi agen broker atau buat pembelian bagi pihak anda. Urusan pembelian kenderaan lelong hanya dilakukan oleh pembeli itu sendiri, tiada sesiapa pun bertindak bagi pihak anda. Namun untuk memudahkan anda dapatkan info mengenai pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan perkhidmatan serta keterangan lanjut, hubungi 0132552000

Lelong

Lelong atau jualan kenderaan secara lelong, lelong bukan tender dan pembelian kenderaan lelong hanya di buat semasa jualan lelong di buat dan di tempat jualan kenderaan lelong berkenaan
tempat jualan kenderaan ada di seluruh Malaysia kecuali satu atau dua negeri yang hanya tempat penyimpanan kenderaan bank tarik saja dan jualan kenderaan lelong tidak dibuat di lokasi berkenaan. Sekurang-kurang 1 lokasi tempat jualan kenderaan lelong setiap negeri, paling banyak ada 5 tempat lokasi jualan kenderaan lelong sekitar Selangor.
Proses pembelian kenderaan lelong agak mudah bagi yang ketahui prosedur asas pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Bukan setakat tahu tengok kereta yang cantik, harga murah dan nak tahu tempat jualan kenderaan lelong dimana. Hak sebagai pembeli individu perlu diketahui khususnya mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong
Kenderaan secara umumnya berkaitan dengan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang, jika pendaftaran ianya berkait dengan JPJ, justifikasi condition kenderaan berkait dengan Puspakom, AP pula ianya berkait dengan Kastam serta saman pula berkait dengan Polis. Sebagai pembeli individu, anda perlu tahu segala-galanya berkaitan kenderaan yang di beli yang di jual secara lelong. 
Antara syarat yang di wajibkan pada setiap pembeli, anda di kehendaki buat pemeriksaan / inspection pada kenderaan sebelum buat pembelian iaitu ketika kenderaan di pamerkan sebelum jualan lelong dilakukan. Tetapi bagi pembeli yang belum pernah buat pembelian kenderaan lelong, bukan setakat tempat lelong yang tak tahu malah pelbagai perkara yang tak tahu dan jika langsung tak tahu pelbagai perkara agak sukar buat pembelian. 
Pembelian kenderaan lelong hanya dibuat oleh anda sendiri sebagai pembeli individu yang sebenar tanpa mana-mana pihak yang bertindak sebagai agen, broker atau mana-mana pihak yang bertindak bagi anda dan pembelian kenderaan lelong dibuat semasa jualan lelong dibuat, pembelian dilakukan hanya melalui jualan lelong pada masa dan di tempat lelong. Jika anda di tawarkan kenderaan lelong dari mana-mana individu yang nyatakan beli kenderaan lelong tanpa perlu lalui proses jualan lelong, itu adalah confirm putar alam ibni almarhum tipu kelentong sah ler tuu. Jangan terpedaya dengan dakwaan 'orang dalam','cauntim','pintu belakang','tolong' tu semua tipu daya syaitan saja sebab kenderaan lelong hanya dijual melalui proses dan prosedur lelong. Jika anda berurusan dengan mana-mana pihak yang jual kenderaan lelong secara direct tanpa lalui proses jualan lelong, pilihlah samada anda beli kenderaan curi atau kenderaan seludup atau kederaan klon atau apa-apa kenderaan yang tidak sah. Kesan yang anda bakal terima pula, boleh pilih samada di denda atau di penjara selain yang confirm anda dapat ialah wang yang di belanjakan untuk beli kenderaan murah tu hangus terbang terus hilang serta confirm juga ada di berikan peluang bermalam di lokap mana-mana balai polis untuk bercerita panjang kerana memiliki barang curi atau dokumen resmi kerajaan yang palsu.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kendraan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline dan untuk penjelasan lebih lanjut CALL 0132552000

Tempat

Tempat atau lokasi alamat lengkap tempat jualan kenderaan lelong, terdapat lebih kurang 20 - 30 tempat jualan kenderaan di seluruh Malaysia
tempat jualan kenderaan lelong terdapat di semua negeri samada di sabah/sarawak serta semenanjung Malaysia, kecuali di perlis dan terengganu.
namun terdapat tempat jualan kenderaan lelong hanya merupakan tempat penyimpanan kenderaan yang di tarik dan jualan kenderaan lelong tidak dilakukan di situ. Umumnya atau kebiasaannya tempat penyimpanan kenderaan yang di tarik oleh bank dan tempat jualan kenderaan lelong di lakukan di tempat yang sama.
tempat jualan kenderaan lelong kebiasaannya di lokasi pinggir bandar atau yang berhampiran dengan bandar-bandar utama. Stor penyimpanan kenderaan yang di tarik oleh bank dengan kawasan yang agak luas bagi menyimpan kenderaan yang di tarik antara 50 - 1000 unit pada satu-satu masa.
tempat jualan kenderaan yang terbanyak adalah sekitar Klang Valley atau Lembah Klang, 5 tempat jualan kenderaan lelong di selangor yang berdekatan dengan Kuala Lumpur dan 3 tempat jualan kenderaan lelong sekitar Kuala Lumpur, keseluruhan 8 tempat jualan kenderaan sekitar Klang Valley iaitu di Selangor dan Kuala Lumpur. Di seluruh Malaysia, sekurang-kurangnya 1 tempat di Negeri Sembilan Sarawak Melaka Pahang Kelantan Kedah, ada 2 tempat Lelong kenderaan di Perak Sabah, ada 3 tempat lelong di Johor dan ada 4 tempat lelong di Penang, perubahan tempat lelong tertakluk pada kemaskini maklumat dari masa ke semasa.
tempat jualan kenderaan lelong hanya dibuka pada masa masa tertentu khususnya pada hari jualan lelong dibuat. Anda sebagai pembeli individu boleh masuk ke tempat jualan kenderaan lelong, cari dan dapatkan kenderaan mengikut keperluan serta bajet kewangan anda sendiri.
tempat jualan kenderaan lelong bukan tempat lawatan atau masuk untuk tengok-tengok atau masuk untuk servey nak pastikan betul atau tidak ada tempat jualan kenderaan lelong. Walaupun untuk masuk ke mana-mana tempat jualan kenderaan lelong tidak perlu buat apa-apa bayaran jika anda yang cari sendiri mana-mana lokasi tempat lelong dan masuk sendiri ke mana-mana saja tempat jualan kenderaan lelong seluruh Malaysia. Tetapi jika tempat jualan kenderaan lelong anda tak tahu, banyak lagi mengenai pembelian kenderaan lelong yang anda tak tahu. 
Lelongline Resources guide service adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan bimbingan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan web Lelongline dan untuk dapatkan penjelasan lebih lanjut CALL 013 2552000

Murah

Murah atau mahal harga kenderaan yang di jual secara lelong kini boleh di paparkan melalui handphone berinternet antara 1-3 hari sebelum lelongan dibuat dan anda merupakan antara yang terawal dapat info maklumat mengenai jualan kenderaan lelong direct dari handphone berinternet anda.
namun perlu juga di ketahui bahawa bukan semua kenderaan yang di jual secara lelong pada harga yang murah atau mahal tertakluk yang di tentukan oleh legal owner kebiasaannya di tentukan oleh pihak bank samada tertakluk pada baki akhir hutang yang tidak dibayar oleh pemilik sebelumnya, tahun pendaftaran, keadaan kenderaan atau apa-apa yang mengikut ketetapan legal owner berkenaan. 
pelbagai keadaan harga kenderaan lelong samada lebih tinggi, lebih kurang sama atau lebih rendah dari harga pasaran, kebiasaannya pembelian kenderaan yang di lelong hanya dibuat pada harga yang murah samada kurang separuh, satu pertiga atau kurang dari satu pertiga dari harga pasaran  
tujuan buat pembelian kenderaan terus di tempat jualan kenderaan lelong adalah untuk beli kenderaan pada harga yang murah, jika harga agak tinggi atau lebih kurang dari harga pasaran biasa, kebiasaannya pembelian tidak dibuat dan bagi lelongan yang akan datang kenderaan yang tidak terjual sebelumnya, di lelong semula kemungkinan di turunkan harganya sehingga kenderaan berkenaan terjual
info mengenai jualan kenderaan lelong boleh di akses melalui handphone berinternet 1 - 3 hari sebelum hari jualan lelong dibuat dan anda boleh masuk ke tempat jualan kenderaan lelong sebaik saja list senarai kenderaan lelong di paparkan di handphone iaitu masuk sebelum hari jualan lelong dibuat untuk buat pilihan lebih awal & buat pemeriksaan / inspection pada kenderaan yang hendak di beli semasa kenderaan di view / pamerkan untuk di lelong 
selain list senarai harga kenderaan yang di lelong boleh di akses melalui handphone, semua maklumat mengenai jualan kenderaan lelong di 25 tempat jualan kenderaan lelong seluruh Malaysia. Sebulan antara 30-60 kali jualan kenderaan lelong dibuat semuanya dipaparkan di handphone berinternet anda
kenderaan yang di lelong samada di senaraikan pada list lelongan lengkap dengan gambar atau hanya maklumat mengenai kenderaan yang di lelong saja, ada tempat yang paparkan gambar kenderaan yang di lelong dan ada tempat lelong yang hanya nyatakan info maklumat kenderaan yang di lelong tanpa gambar kenderaan yang di lelong.
yang di kemaskini setiap masa oleh tempat pengendali jualan kenderaan lelong serta tertakluk pada perubahan dari masa ke semasa dan segala info maklumat mengenai list senarai kenderaan lelong adalah di sediakan oleh pengendali tempat jualan kenderaan lelong berkenaan
Kini, tiada apa-apa halangan semua orang boleh buat pembelian kenderaan yang di lelong, cari dan dapatkan apa-apa kenderaan yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan kegunaan anda sendiri. Untuk dapatkan perkhdmatan, sms kan nama & no.kad pengenalan ke 0132552000 serta buat bayaran fees guide RM 2 ribu. Hanya setelah daftar dan buat bayaran fees guide, anda hanya diberikan1 dari 2 perkhidmatan samada 1. hanya diberikan panduan akses online yang membolehkan anda dapatkan info mengenai jualan kenderaan lelong di 24 tempat antara 30-60 lelongan setiap bulan atau 2. di bawa ke salah satu saja tempat jualan kenderaan lelong sekitar Klang Valley pada hari jualan lelong dibuat serta di berikan panduan akses online.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline dan untuk penjelasan lebih lanjut CALL 0132552000