Lelong atau jualan kenderaan secara lelong, lelong bukan tender dan pembelian kenderaan lelong hanya di buat semasa jualan lelong di buat dan di tempat jualan kenderaan lelong berkenaan
tempat jualan kenderaan ada di seluruh Malaysia kecuali satu atau dua negeri yang hanya tempat penyimpanan kenderaan bank tarik saja dan jualan kenderaan lelong tidak dibuat di lokasi berkenaan. Sekurang-kurang 1 lokasi tempat jualan kenderaan lelong setiap negeri, paling banyak ada 5 tempat lokasi jualan kenderaan lelong sekitar Selangor.
Proses pembelian kenderaan lelong agak mudah bagi yang ketahui prosedur asas pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Bukan setakat tahu tengok kereta yang cantik, harga murah dan nak tahu tempat jualan kenderaan lelong dimana. Hak sebagai pembeli individu perlu diketahui khususnya mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong
Kenderaan secara umumnya berkaitan dengan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang, jika pendaftaran ianya berkait dengan JPJ, justifikasi condition kenderaan berkait dengan Puspakom, AP pula ianya berkait dengan Kastam serta saman pula berkait dengan Polis. Sebagai pembeli individu, anda perlu tahu segala-galanya berkaitan kenderaan yang di beli yang di jual secara lelong.
Antara syarat yang di wajibkan pada setiap pembeli, anda di kehendaki buat pemeriksaan / inspection pada kenderaan sebelum buat pembelian iaitu ketika kenderaan di pamerkan sebelum jualan lelong dilakukan. Tetapi bagi pembeli yang belum pernah buat pembelian kenderaan lelong, bukan setakat tempat lelong yang tak tahu malah pelbagai perkara yang tak tahu dan jika langsung tak tahu pelbagai perkara agak sukar buat pembelian.
Pembelian kenderaan lelong hanya dibuat oleh anda sendiri sebagai pembeli individu yang sebenar tanpa mana-mana pihak yang bertindak sebagai agen, broker atau mana-mana pihak yang bertindak bagi anda dan pembelian kenderaan lelong dibuat semasa jualan lelong dibuat, pembelian dilakukan hanya melalui jualan lelong pada masa dan di tempat lelong. Jika anda di tawarkan kenderaan lelong dari mana-mana individu yang nyatakan beli kenderaan lelong tanpa perlu lalui proses jualan lelong, itu adalah confirm putar alam ibni almarhum tipu kelentong sah ler tuu. Jangan terpedaya dengan dakwaan 'orang dalam','cauntim','pintu belakang','tolong' tu semua tipu daya syaitan saja sebab kenderaan lelong hanya dijual melalui proses dan prosedur lelong. Jika anda berurusan dengan mana-mana pihak yang jual kenderaan lelong secara direct tanpa lalui proses jualan lelong, pilihlah samada anda beli kenderaan curi atau kenderaan seludup atau kederaan klon atau apa-apa kenderaan yang tidak sah. Kesan yang anda bakal terima pula, boleh pilih samada di denda atau di penjara selain yang confirm anda dapat ialah wang yang di belanjakan untuk beli kenderaan murah tu hangus terbang terus hilang serta confirm juga ada di berikan peluang bermalam di lokap mana-mana balai polis untuk bercerita panjang kerana memiliki barang curi atau dokumen resmi kerajaan yang palsu.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kendraan lelong, baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline dan untuk penjelasan lebih lanjut CALL 0132552000