Sambung bayar tidak pernah ujud dalam urusniaga kenderaan, mana mungkin sebuah kenderaan yang masih berhutang tertakluk pada perjanjian dengan pihak bank boleh "di jual" atau 'cipta' kaedah 'sambung bayar'. Malah ada pulak yang bertindak sebagai orang tengah, pemilik kenderaan serahkan kenderaan pada pihak ke tiga dan pihak ketiga yang 'jual' serta menerima bayaran bulanan, pihak ke tiga pulak yang buat bayaran pada bank.
jika ada apa-apa perjanjian dibuat antara pemilik dengan mana-mana pihak adalah tidak sah di sebabkan perjanjian pemilik asal dengan pihak bank masih belum di batalkan kerana pembayaran belum selesai. Jika apa-apa berlaku samada saman, gagal bayar bulanan atau apa saja terjadi pemilik asal di pertanggungjawabkan dan pemilik asal hadapi risiko muflis jika bayaran bulanan gagal dibuat. Pemilik baru yang buat sambung bayar berkenaan pula mungkin mudah tertipu samada bayaran di buat tidak di bayar ke bank dan jika telah habis bayar tidak dapat kenderaan berkenaan jika pemilik asal enggan serahkan kenderaan berkenaan. "Orang tengah" yang uruskan sambung bayar lebih kepada menipu ke dua-dua pihak bagi meraih keuntungan atas kesusahan orang lain. Sebelum berurusan "sambung bayar" buat rujukan dengan pihak bank atau rujuk dengan undang-undang. Jika setakat buat surat perjanjian dengan pelbagai muslihat, mengelirukan dan buang masa serta wang merugikan pemilik asal dan yang sambung bayar. Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih lanjut CALL 013 2552000