1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

Sabtu

JUALAN LELONG


Jualan kenderaan secara lelong yang perlu di fahami dengan sebaiknya kerana pelbagai andaian atau salah faham mengenainya. Jualan lelong antara cara perniagaan yang dilakukan bagi penjualan kenderaan. Apabila cara jualan berbeza sudah pasti banyak perbezaannya yang perlu diketahui. Ada yang hanya nak tahu tempat atau lokasi, terdapat juga yang nak minta carikan kenderaan yang di kehendaki, ada yang cuma nak tahu harga kenderaan yang diperlukan saja dan pelbagai lagi apa-apa andaian atau anggapan dalam fikiran saja.
Secara umumnya jualan kenderaan terdapat beberapa kaedah atau cara antaranya kenderaan yang dijual terus oleh pemiliknya atau direct by owner, jualan kenderaan sambung bayar, jualan kenderaan oleh dealer usedcar, kenderaan yang dijual secara tender, penjualan kenderaan oleh pengedar khususnya bagi kenderaan baru dan pelbagai lagi cara jualan kenderaan. Dimana kenderaan yang dijual pula dengan pelbagai 'sebutan', umumnya boleh dinyatakan antaranya ialah kenderaan singapore, import A/P, kenderaan dari agensi kerajaan seperti kastam polis JPJ dan sebaginya. Tetapi perlu juga diketahui mengenai kenderaan klon, scrap, potong dan lebih serius mengenai kenderaan curi yang dibeli seterusnya tidak boleh didaftarkan.
Di sini hanya menyatakan jualan kenderaan secara lelong khususnya kenderaan yang sebelum ini di beli melalui pinjaman bank atau bank loan dimana pemiliknya gagal buat bayaran bulanan, kenderaan berkenaan di tarik dan seterusnya di jual secara lelong. Anda sebagai pembeli individu boleh terus atau direct masuk ke tempat lelong, cari dan beli serta dapatkan kenderaan pada harga lelong. Untuk beli kenderaan lelong hanya pembeli itu sendiri perlu lakukan semua proses pembelian dan yang paling penting difahami atau di ketahui tiada agen, tidak melalui broker serta tiada mana-mana individu atau pihak yang boleh lakukan proses pembelian kenderaan lelong bagi pihak pembeli sebenar.
Jika anda di tawarkan oleh mana-mana pihak kenderaan lelong pada harga murah yang luar biasa ianya hanyalah penipuan. Telah banyak kes jenayah penipuan mengenai jualan kenderaan dengan dakwaan atau buat tawaran menyatakan kenderaan kastam polis JPJ lelong, sambung bayar, kenderaan singapore dan pelbagai penipuan merupakan jenayah terancang yang dilakukan oleh penjenayah.
Pembelian kenderaan lelong khususnya dari stor lelong seluruh Malaysia