Part atau komponen kenderaan yang ditarik yang biasanya
dikatakan hilang samada diambil oleh penarik kereta atau dicuri semasa
ianya disimpan dalam stor penyimpanan. Walaupun ianya boleh berlaku dan
segala kemungkinan boleh terjadi tetapi pelbagai prosedur ditetapkan
oleh legal owner / pihak bank bagi menjaga dan memastikan tidak
berlakunya kehilangan part atau komponen kenderaan yang ditarik.
penarik
kereta yang dilantik oleh legal owner / pihak bank dikenakan pelbagai
syarat yang perlu diikuti antaranya ialah setiap kali kereta ditarik
ianya perlu dibuat lapuran polis samada dibawa ke balai polis setelah
kereta ditarik atau lapuran polis dibuat sebelum kereta ditarik. Ini
memastikan kereta yang ditarik tidak diambil part atau komponennya. Dan
sebaik saja kereta ditarik sampai distor penyimpanan, gambar diambil
bagi menyatakan/memaparkan keadaan kereta yang ditarik semasa ianya
mula-mula sampai ke stor penyimpanan dan gambar ini disimpan oleh bank
serta gambar ini juga diserahkan pada bakal pembeli kenderaan berkenaan.
Terdapat juga kes yang berlaku, kenderaan yang ditarik, pemiliknya
tuntut semula dengan membuat bayaran pada pihak bank, jika kenderaannya
didapati rosak atau part/komponen yang hilang, pemilik berkenaan akan
membuat tuntutan pada pihak bank. Jadi pelbagai andaian yang mengatakan
part / komponen kenderaan yang dilelong hilang adalah satu kenyataan
yang kurang bijak.
Kebiasaannya pelbagai andaian dibuat adalah dari
orang yang lansung tidak pernah masuk ketempat lelong, sekadar buat
pandangan yang negetif dan dimana dia sendiri pun tak tahu apa-apa
tentang jualan kenderaan lelong.
Lelongline Resources adalah pihak yang menyediakan perkhidmatan
panduan pembelian kenderaan lelong, kini pelbagai info boleh di akses secara
online melalui handphone berinternet dan anda di kehendaki baca
keseluruhan kandungan blog/website lelongline ini dan untuk dapatkan info lebih
lanjut CALL 013 2552000