1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

KASTAM




Walaupun kerap kali pendedahan tentang modus operadi - MO atau jenayah / penipuan yang mengaitkan pelbagai pihak serta agensi kerajaan seperti polis kastam JPJ dan sebagainya didedahkan, namun ianya terus berlaku. Anda perlu berhati-hati jika menerima apa-apa tawaran 'luar biasa' barang-barang khususnya kenderaan dengan harga murah. Pelbagai dakwaan yang biasa dibuat, antaranya:-

1- Kenderaan dari agensi kerajaan seperti kastam polis jpj yang dilelong yang boleh diuruskan beli terus tanpa lalui apa-apa proses dokumentasi yang diuruskan oleh 'orang dalam'.

2- Kenderaan recond dari singapore yang boleh didaftar terus dengan kastam dan dengan mudah buat geran serta segala urusan dibuat oleh agen atau pihak yang mewakili kastam dan terdapat juga ada individu yang mendakwa / menyamar sebagai pegawai kastam atau pegawai polis dan memperdaya pembeli di kawasan berdekatan dengan pejabat polis atau berdekatan pejabat kastam. Kebiasaannya pegawai yang menyamar ini akan buat temujanji dikawasan berdekatan dengan pejabat kastam atau polis tetapi mangsa tidak dibenarkan ikut bersama ke pejabat dan segala dokumen diberikan setelah bayaran dibuat. Alasan pembeli tidak boleh ikut masuk ke pejabat bersamanya adalah kerana tidak mahu pegawai lain tahu.

3- Kenderaan yang ditawarkan dengan harga murah, dikaitkan dengan jualan lelong dan semua urusan tanpa perlu pembeli sebenar buat segala urusan serta kebiasaannya dikaitkan dengan kastam atau mana-mana agensi kerajaan. Tawaran kenderaan yang dirampas oleh agensi kerajaan seperti kastam, polis dan JPJ, kebiasaannya tawaran diberikan dalam tempoh terhad yang dibuat oleh 'orang dalam' serta lebih menarik tawaran dibuat oleh pegawai tertentu samada melalui panggilan telefon atau terus bersemuka. Jika dihubungi dengan telefon, no. handphone digunakan dan bukan menggunakan no. telefon pejabat. Bersemuka dengan 'pegawai' pula biasanya lengkap dengan pakaian seragam resmi agensi kerajaan samada dipakai atau sekadar gantung dalam kereta.
  
Pelbagai lagi penipuan yang mengaitkan agensi kerajaan dan anda perlu berhati-hati, jika mana-mana pihak buat tawaran harga kenderaan murah, menyebut agensi kastam anda perlu terus hubungi pihak kastam, jika menyebut agensi polis anda boleh terus hubungi polis. Terus hubungi kastam atau polis dan jangan gunakan no. telefon yang diberikan oleh orang yang buat tawaran tetapi terus dapatkan maklumat agensi kerajaan di google atau boleh dapatkan nombor telefon dengan dail 103 di telekom. 

Kastam atau mana-mana agensi kerajaan tidak pernah melantik sesiapa pun sebagai agen atau tidak pernah berlaku mana-mana pegawai agensi kerajaan yang boleh lakukan sesuatu perkara diluar bidang kuasa. Dapatkan maklumat atau info dari sumber yang sah lagi benar dan jangan sama sekali mudah terpedaya.

HARAP MAKLUM