1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

JUAL



JUAL

Jual - Walaupun secara keseluruhan pembeli yang masuk ke tempat jualan kenderaan lelong niat atau sebab hanya untuk dapatkan seunit kenderaan untuk digunakan sendiri saja, tetapi setelah didedahkan keadaan sebenar jualan / pembelian kenderaan lelong dan secara tak langsung buat jual kenderaan. Pada awalnya buat jual kenderaan sebagai side income / pendapatan sampingan, seterusnya semakin serius jual kenderaan dan terus tumpukan pada jual kenderaan sebagai punca pendapatan.
Jual kenderaan yang dibeli di tempat jualan kenderaan lelong jika dulu-dulunya hanya dibuat oleh dealer-dealer usedcar dan dah jadi jutawan penjual kenderaan terpakai. Yang meng'kaya'kan dealer-dealer usedcar adalah pembeli-pembeli yang nak mudah, sedangkan kesengsaraan hidup dengan menanggung beban hutang dalam tempoh yang lama. 
Secara logiknya, agak mudah buat jual kenderaan yang dibeli di tempat jualan kenderaan lelong, beli dengan harga lelong dan jualkannya pada harga pasaran. Sebagai contoh, beli kenderaan dengan harga RM 1 - 4 ribu dan jualkannya semula pada harga RM 7 - 10 ribu. Keuntongan antara RM 3 - 8 ribu, dengan keuntongan diperolehi beli lagi kenderaan dan teruskanlah beli dan jual kenderaan. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, untuk masuk ke tempat jualan kenderaan lelong dan terutamanya bagi mendapatkan guide service, anda perlu buat bayaran sebanyak RM 2 ribu, jika kenderaan yang pertama anda beli dengan harga RM 2 ribu juga, jadi RM 4 ribu, jika kenderaan berkenaan boleh dijual dengan harga RM 8 ribu, maka RM 4 ribu modal asal di simpan / diasingkan, dengan keuntongan RM 4 ribu berkenaan anda boleh buat lagi pembelian kenderaan dan teruskanlah urusan beli/jual dengan wang keuntongan dari jualan kenderaan yang pertama tadi. 
Untuk mudah buat jualan, pembeli yang beli kenderaan dari anda jadikannya sebagai 'salesman' atau 'salesgirl' anda tanpa bayar gaji tapi cuma tawarkan komesyen saja. Kebiasaanya di tawarkan sebayak RM 500 bagi setiap unit kenderaan yang berjaya dijual atau pembeli yang di bawa / introduced bagi kenderaan RM 10 ribu dan kebawah. Dan semua pembeli yang beli kenderaan dari anda, jadikannya sebagai salesman/salesgirl anda, jika 10 unit kenderaan yang anda jual, terdapat 10 salesman/salesgirl anda dan dengan bilangan yang lebih banyak salesman/salesgirl, anda sebenarnya mempunyai potensi yang besar dengan rangkaian jurujual yang sentiasa akan menghubungi anda sebaik saja dapat pembeli yang berpotensi. Jadi adakah susah yang jual kenderaan dan sememangnya susah jika anda sendiri tidak mahu bersusah payah. Nasi jika masih dalam pinggan / di hidangkan, selagi tak masukkan kemulut, telah belum pasti itu rezeki anda dan tanpa buat apa-apa, sekadar angan-angan saja tak kan jadi apa-apa pun, hanya berangan-angan saja. Mengenai komesyen, jika kenderaan bawah RM 10 ribu kebiasaannya ditawarkan komesyen sebanyak RM 500 dan jika lebih RM 10 ribu, ditawarkan RM 1,000 pada broker anda. Secara praktikalnya, pembeli yang beli kenderaan dari anda akan nyatakan yang baik-baik saja tentang kenderaan yang dibeli dari anda sebab bagi menarik pembeli, dimana dengan introduced kan pembeli pada anda dia dapat komesyen dan dengan komesyen yang dia dapat, seolah-olah kenderaan yang dibelinya 'free' saja. Jika kenderaan yang dibeli dengan harga RM 8 ribu dan pembeli berkenaan berjaya bawa 16 pembeli, modal kenderaan yang dibelinya dah dapat balik.
Inilah yang dibuat oleh dealer-dealer usedcar, tawarkan duit 'kopi', komesyen pada broker, dari RM 500 hinggi RM 5 ribu bagi setiap unit kenderaan yang berjaya di introduced. Ini industri atau perniagaan yang serius dimana kenderaan yang merupakan keperluan, sepanjang masa ada permintaan. Anda hanya beli kenderaan yang ada permintaan / demand, dengan promoter atau salesman/salesgirl yang anda ujudkan, anda mampu lakukannya. Hanya untuk lakukan kali yang pertama, ianya agak sukar sebab kurang atau langsung tidak ada pengetahuan mengenainya. Sebenarnya tak susah jika anda serius buat dengan fokus serta kometmen yang sepatutnya. Sebagai langkah awal, buat sesuatu dengan risiko yang rendah, modal yang rendah dan setelah benar-benar yakin, buatlah apa yang anda rasakan terbaik bagi anda. Jangan sama sekali ambil risiko yang tinggi apa-apa yang dilakukan melibatkan ko$ atau wang. Jika orang lain boleh buat, berjaya dan kenapa anda tidak boleh buat. Kini bukan lagi perkara 'luarbiasa', beli dan jual kenderaan yang dibeli dari tempat jualan kenderaan lelong. Ubahlah / transformasikanlah cara hidup dan persepsi anda demi kesinambungan kehidupan anda serta keluarga anda. 
Jual sebelum diri anda jadi bahan jualbeli untuk orang lain dapat keuntongan, kini anda yang jual dan anda sendiri yang dapat keuntungannya.