1Lelong

1Lelong
LELONGLINE RESOURCES - GUIDE SERVICES adalah PENERAJU UTAMA di Malaysia menyediakan perkhidmatan info dan panduan mengenai pembelian kenderaan LELONG serta menyediakan PANDUAN AKSES ONLINE

HARGA

HARGA

Harga kenderaan lelong yang biasanya dianggap hanya satu saja iaitu harga kenderaan yang dibeli pada harga lelong, walaupun harga yang jadi fokus merupakan harga kenderaan saja dan itu hanya satu daripada pelbagai yang berkaitan harga bagi pembelian serta proses yang berkaitan kenderaan lelong berkenaan. Harga juga berkaitan ko$ yang perlu dibuat anggaran atau bajet tertentu bagi tujuan pembelian dan beberapa proses yang berkaitan pembelian kenderaan lelong. 
Terdapat beberapa perkara tentang harga atau bayaran yang perlu diketahui tentang pembelian kenderaan lelong. Harga kenderaan lelong, lawan harga, ko$ atau bajet sebelum, semasa dan setelah buat pembelian,  

HARGA KENDERAAN LELONG 

Harga kenderaan yang dijual secara lelong adalah yang ditentukan oleh legal owner kebiasaannya pihak bank. Terdapat dalam beberapa keadaan harga kenderaan lelong, samada lebih tinggi, lebih kurang sama dan lebih rendah dari harga pasaran. Jika harga kenderaan lelong lebih tinggi dari harga pasaran, ianya kebiasaannya tidak dibeli, manakala jika harga kenderaan lelong lebih kurang sama dengan harga pasaran, pembelian kurang dibuat dan hanya apabila harga kenderaan lebih murah dari harga pasaran, pembelian dilakukan dan harga lebih murah dari harga pasaran pula terdapat dalam 3 keadaan, samada lebih kurang separuh dari harga pasaran, lebih kurang satu pertiga dari harga pasaran dan lebih rendah dari satu pertiga dari harga pasaran.
Harga kenderaan kereta yang dijual secara lelong juga adalah sebagaimana yang di tentukan oleh legal owner kebiasaannya di tetapkan oleh pihak bank. Secara asasnya harga kenderaan lelong boleh dinyatakan dalam 9 keadaan samada harga sebelum ini, harga semasa, harga yang akan datang, lebih tinggi, lebih kurang sama, lebih rendah, kurang separuh, kurang satu pertiga dan kurang dari satu pertiga dari harga pasaran.

Yang dimaksudkan harga sebelum ini adalah kenderaan yang di jual pada harga berkenaan sebelum ini. Harga semasa, dimana jualan dibuat ketika ini pada harga berkenaan. Harga yang akan datang dimana jualan kenderaan pada masa yang akan dibuat samada minggu depan, bulan depan, tahun depan atau untuk lelongan yang akan datang dan beberapa tahun yang akan datang. Terdapat pula 3 keadaan harga semasa kenderaan yang di lelong samada lebih tinggi, lebih kurang sama atau lebih murah. Harga kenderaan yang dilelong lebih murah pula terdapat dalam 3 keadaan juga samada kurang separuh, kurang satu pertiga atau kurang dari satu pertiga dari harga pasaran. Harga kenderaan yang di lelong agak tinggi kebiasaan pembelian kurang di lakukan, hanya apabila harga kenderaan agak murah atau lebih murah, barulah pembelian dibuat. Setelah lelongan dibuat berulang-ulang kali bagi mana-mana unit kenderaan yang masih tidak terjual, kemungkinan harga di turunkan lebih murah dari lelongan sebelumnya. Harga kenderaan yang dilelong agak murah dibeli pada harga kurang separuh, kurang satu pertiga atau kurang dari satu pertiga dari harga pasaran, kebiasaannya barulah pembelian dibuat. Kenderaan yang dilelong dengan harga yang tinggi juga dipengaruhi oleh faktor masa, samada masa 'high season' atau masa puncak iaitu berkaitan tumpuan pembeli pada masa-masa tertentu contohnya hampir musim perayaan dimana ramai pembeli samada pembeli individu atau dealer usedcar buat pembelian pada masa berkenaan dan ini menjadikan harga kenderaan agak tinggi. Harga kenderaan jadi tinggi juga disebabkan kenderaan berkenaan masih mempunyai baki pinjaman yang banyak dan harga yang tinggi juga berlaku apabila berlaku lawan harga apabila lebih dari seorang yang inginkan satu kenderaan yang sama serta bagi mana-mana unit kenderaan yang di lelong bagi kali yang pertama, harganya agak tinggi jika dibandingkan setelah di lelong berulang-ulang kali. Tetapi kebiasaannya pembeli hanya akan buat pembelian kenderaan yang dilelong hanya pada harga yang agak murah atau lebih murah dari harga pasaran / market value.
Tidak pernah berlaku harga kenderaan yang di senaraikan untuk di lelong dengan harga murah kesemuanya, kecuali hanya beberapa unit tertentu saja, harga kenderaan lelong hanya dinyatakan pada list / senarai harga kenderaan lelong yang diedarkan ditempat dan pada hari lelongan dibuat. Hanya list / senarai harga yang diedarkan ditempat lelongan dirujuk bagi tujuan pembelian kenderaan lelong, apa-apa list / senarai harga kenderaan lelong selain dari apa yang diedarkan di tempat dan pada hari lelongan dibuat, tidak boleh dirujuk dan tidak digunapakai. List / senarai harga kenderaan lelong yang diedarkan di tempat lelongan hanya digunapakai pada masa lelongan berkenaan saja.

LAWAN HARGA
Lawan harga juga perlu dijelaskan, bukan semua kenderaan yang dilelong dibeli semasa dilelong, kemahuan pembeli yang berbeza, bukan semua yang ada ditempat lelong perlukan kenderaan yang sama, hanya apabila lebih dari seorang perlukan satu unit kenderaan sama, berlaku lawan harga. tetapi kebiasaannya banyak unit kenderaan yang tidak terjual dan dilelong berulang-ulang kali samada harganya diturunkan sehingga kenderaan berkenaan terjual. Harga jualan kenderaan lelong kebiasaannya tidak mengikut harga pasaran yang ditentukan dengan tahun keluaran kenderaan berkenaan. Tujuan buat pembelian kenderaan terus ditempat jualan kenderaan lelong adalah bagi tujuan dapatkan kenderaan lebih murah dari harga pasaran dan itu lah yang dibuat oleh dealer-dealer usedcar sejak sekian lama, kenderaan yang dibeli di tempat lelong pada harga sebenar, harga lelong. 

KOS ATAU BAJET SEBELUM, SEMASA DAN SETELAH BUAT PEMBELIAN

Kos atau bajet sebelum, semasa dan setelah buat pembelian kenderaan lelong. 3 perbelanjaan atau pembayaran yang perlu anda ketahui samada ianya berkaitan atau tidak dengan anda. Jika anda memerlukan guide service, fees guide RM 2 ribu perlu anda buat, bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan / guide service, hanya setelah daftar dan bayar, anda diberikan guide service iaitu bayaran sebelum anda ke tempat lelong kenderaan. Ke dua berkaitan apa yang perlu anda buat semasa atau ketika buat pembelian, di peringkat awal buat pembelian kenderaan lelong, tindakan-tindakan yang perlu dibuat, perkara yang sepatutnya di buat khususnya berkaitan ko$. Di tahap ini iaitu ketika buat keputusan untuk buat pembelian kenderaan lelong. Masa yang secukupnya diberikan bagi tujuan lalui proses awal pembelian dan apa-apa kesilapan yang dibuat kesannya adalah risiko kehilangan wang yang dibelanjakan. Peranan guide service ditumpukan pada tahap yang asas sahaja iaitu hanya berikan info-info umum yang asas dan anda dimaklumkan apa yang sepatutnya yang perlu dilakukan dan perkara-perkara yang perlu dielakkan. Harga atau anggaran bajet tertentu dibuat pada tahap ini dan akhirnya, setelah lalui proses pembelian kenderaan lelong, terdapat ko$ yang perlu dibuat bagi melindungi kepentingan anda, ko$ ini biasanya kurang atau lansung tidak dinyatakan / diberitahu pada pembeli dan jika tidak buat bayaran yang berkenaan, pembeli akan hadapi risiko yang tinggi yang boleh menyebabkan kehilangan semua wang yang dibelanjakan.
Guide service hanya memberikan info atau makluman asas sahaja mengenai proses dan prosedur asas pembelian kenderaan yang dijual secara lelong dan anda sendiri dikehendaki lakukan semua proses pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Pembelian kenderaan lelong begitu mudah, namun oleh kerana anda tidak ketahuinya, agak sukar dibuat dan khususnya yang melibatkan proses dan prosedur asas pembelian kenderaan lelong.